Minggu ni penat. Ok, bukan aku sorang yang penat. Ramai lagi yang penat. Kadang-kadang kalau tengok TV saja pun boleh penat.
Tambah lagi kalau tiap-tiap petang ada training bola tampar pulak kan.
Teringat balik masa form 1..
Masa form 1, aku memang tak tau nak pilih apa untuk sukan/ permainan (masa tu sekolah edarkan borang untuk kami pilih sukan/ permainan, kelab/persatuan dengan unit beruniform apa yang kami nak). And I ended up, letak Persatuan Catur @ Chess untuk pilihan sukan/ permainan. Memang aku pernah wakil sekolah peringkat daerah dulu masa sekolah rendah, tapi kalah. Haha -.-
At first, aku memang tak fikir pun pasal ada kawan ke tak yang nak masuk Chess sekali dengan aku, nak pergi perjumpaan sekali dengan aku. Tapi, lepas umum kata Chess nak buat perjumpaan pertama, baru laa aku kalut nak cari kawan terdekat yang masuk Chess jugak.
Tapi malangnya, TAK ADA.
Last sekali, satu pun perjumpaan Chess tak pernah pergi.
Dah start pertengahan tahun sikit, tiba-tiba muncul pulak kelab sukan/ permainan baru, Frisbee. Frisbee ni lebih kurang macam yang baling-baling piring tu laa. Setakat ni tak pernah lagi rasanya ada pertandingan Frisbee.
Awal form 2, aku ingat nak tukar sukan/ permainan. Tak mau masuk Frisbee dah.
It's all started with kawan. Ira laa yang first-first ajak aku masuk bola tampar. Mula-mula, memang aku dah bagi nama. Nak try laa konon. Memang ramai yang bagi nama, dan rata-rata yang bagi nama untuk jadi ahli bola tampar tu memang dah biasa main.
Lepas dah tulis nama untuk masuk bola tampar, aku pun macam..
"Weh, padam laa nama aku. Tak jadi laa nak masuk bola tampar."
Tapi, sebab Ira tak ikut cakap aku nak potong nama aku laa yang aku boleh main bola tampar sampai sekarang.
Pertandingan bola tampar peringkat daerah 9/2 ni. Ingatkan 4/2, tapi rupa-rupanya team laki yang lawan. Chaiyok~
Tamat.
Haha, agak-agak boleh buat novel dak? *Pulun.
Apa pun, yupp aku dah beli epop bulan Februari! Paling best sekali sebab dapat poster Infinite pulak kan. Yeyehh~ Sebenarnya poster tu double-sided, belakang tu ada poster Big Bang. Cantik ;D
Salam Maulidur Rasul :')