Assalamualaikum (:
Cuti sekolah dah mula~ (Lama dah pun, cuma baru buat entri harini). Memang ingat nak update haritu, tapi asyik tergendala ja. Banyak sangat aktiviti cuti sekolah ni x)
sebelah kiri, al-hijab (pierre andre tengah menguap. hehe). sebelah kanan, 100 days with mr arrogant.
Yang first sekali mesti laa tengok movie! Setakat ni baru habis tengok 2 ja cerita. Hehe~ Awal-awal cuti haritu dah tengok cerita Al-Hijab, cerita melayu pasal hantu-hantu. Ada part yang takut, ada yang tak takut sangat~ Kalau tengok sorang-sorang pun takpa cerita ni. Tapi kena tengok waktu siang laa kalau nak tengok sorang-sorang.
Al-Hijab ni cerita pasal Rafael (Pierre Andre), dia dapat jadi pelakon utama untuk satu cerita hantu. Dia cakap yang dia memang tak takut hantu langsung, jadi dia tak dapat feel untuk belakon cerita hantu tu. Konon-kononnya, lagi bagus lakonan kalau pelakon pernah rasa sendiri apa yang dia lakonkan tu. Jadi, dia teringin nak bukak hijab dia. Hijab ni lebih kurang macam something dekat mata yang buat kita tak nampak hantu, jadi bila dia bukak hijab tu dia boleh nampak hantu la. Ending dia agak tak memuaskan + tergantung.
Lepas habis Al-Hijab, sambung tengok cerita Korea pulak. Tajuk dia 100 Days With Mr Arrogant. Boleh tahan lawak laa cerita dia (: Hero dia lelaki kaya, heroin dia pulak budak sekolah yang macam agak tak matang ==" Cerita dia lebih kurang macam perempuan tu kena jadi orang suruhan kepada lelaki kaya ni selama 100 hari sebab perempuan tu dah buat kereta lelaki tu calar masa accident, lepastu dia tak ada duit nak bayar. Kalau nak tengok, boleh tengok kat Youtube. Siap ada subtitle English lagi :DSekarang ni aku tengah tengok cerita Boys Over Flowers~ Tak tengok kat Youtube, tengok kat Maaduu. Lagi cepat dia loading banding Youtube. Dulu pernah tengok dah BOF, cuma banyak episod yang tertinggal.
Err. Ni kucing kat asrama (:
Okeyy. Exam piano gred 5 tahun depan ==" Banyak yang kena practise + hafal. Ada 3 lagu kena berlatih, lepastu ada lagi laa scales (yang do re mi fa so la ti do tuh ;p) kena hafal, sight-reading (dapat not, masa tu jugak kena main) pun kena berlatih banyak.
Satu lagi.. cuti sekolah kali ni, kami kena siapkan nota Sejarah tingkatan 3 punya ): Sekarang aku baru buat sampai hujung bab 2 daripada tujuh bab. Sekolah lagi 5 minggu. Jenohhh buat! Rasa macam tak sempat ja.
P/s - Entri tak panjang mana pun. Tapi nak tulis ni ambil masa nak dekat 2 jam; sambil menulis sambil Facebook.
Salam Maal Hijrah yaa (:










4 COMMENT[s]:
Alya cuti tgk movie jugak? igt kami jaa.. :) selamat menghafal untuk exam piano tahun depan..good luck jugak utk PMR 2012! Fighting! :D
Pyah,
haha, mesti laa (: ya2.. good luck jugak utk pmr 2012! :D
woahh~ dah nak masuk gred 5 eh piano. nnt bleh lah bagi saya dgr alya main. ceh! ehehe:) apa2 pun, good luck eh! selamat berholiday.
Ikhma,
hee~ insya-allah nanti bila-bila (:
hppy holiday jugakk!
Post a Comment